Didik Al Quran

BAB 3 : CARA MEMILIH TEMPLATE

Dicatat oleh Insan Biasa.

Akhirnya anda telah sampai di step 3 yang mana proses terakhir membina blog, semoga step ini anda dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya bagi menjayakan matlamat anda dalam membuat blog.



Lihat pada gambar diatas ada CHOOSE A STARTER TEMPLATE bukan. Ada enam kotak template yang disediakan oleh blogger, pilih template yang anda suka...untuk buat pertama kalinya anda perlu guna template yang disediakan....




Setelah anda selesai memilih, klik pada CONTINUE button untuk meneruskan membuat blog. Sebagai pengetahuan anda semua, template bukanlah hanya setakat yang diberi, malah banyak lagi dan sekiranya anda rajin memcari di internet anda akan menjumpai template yang begitu menarik.

Jangan risau template blog anda boleh ditukar itu saya akan ajar anda bagaiman cara tukar TEMPLATE dan BACKGROUND blog anda nanti...

Setelah itu anda akan dapat paparan YOUR BLOG HAS BEEN CREATED. Ini bermakna anda telah boleh memulakan penulisan untuk POSTING pertama anda...Lihat gambar dibawah ini...
Sekarang anda telah mempunyai blog anda sendiri...Langkah seterusnya tekan butang START BLOGGING.





Kemudian, anda akan dibawa pada halaman menulis artikel atau kata lain adalah posting artikel. Di sini, sekiranya anda berminat membuat duit dengan menggunakan ADS atau iklan dari GOOGLE maka  disarankan supaya menulis artikel dalam format B.I kerana format bahasa melayu tidak mendapat perhatian dari kreteria GOOGLE service. Tapi untuk permulaan tiada masalah jika anda ingin menulis dalam bahasa melayu.

Ingat! setelah selesai menulis artikel tekan butang PUBLISH POST di bahagian bawah kotak tempat menulis artikel (tengok anak panah dibawah ini), secara automatik anda akan dibawa pada halaman selanjutnya.

Jika anda ingin melihat dahulu artikel yang anda tulis tadi anda boleh tekan pada PREVIEW / PRATONTON

Disarankan anda tekan terus butang PUBLISH POST ini untuk anda mengelakkan kehilangan artikel anda.....





Jika anda melihat artikel anda berada di bahagian HOME, anda sudah berjaya menulis artikel dan memaparkan di blog kepunyaan anda sendiri. Cubalah di ingat step-step bagaimana cara untuk menulis artiekal dan sebagainya, usaha sendiri adalah perkara yang terbaik dalam diri seseorang.

Pada pelajaran selanjutnya, tutorial dan sedikit penerangan mengenai cara untuk menambah LINK blog kita ke dalam GOOGLE. Sila klik pada bab seterusnya yang berjudul BAB 4 : Cara Meletakkan LINK kepada GOOGLE

 

Rank

Selamat Datang