Didik Al Quran

Buat Duit dengan Program Percuma

Dicatat oleh Insan Biasa.

Anda inginkan duit tambahan SERTAI la program dibawah ini...Ia sangat senang tidak perlukan modal walau 1sen pun....PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA...

Cuma yang perlu untuk program ini adalah kesabaran dan kerajinan sahaja....Luangkan masa anda dalam 1-2jam sahaja untuk membuat duit dengan porgram ini....

BAB 6 : CARA MASUKKAN CODE HTML di BLOG

Dicatat oleh Insan Biasa.

Seperti yang telah dijanjikan untuk bahagian seterusnya mengenai cara meletakkan CODE HTML di blog kita, jangan anda fikirkan ini susah kerana ia sangat senang dan mudah. Hanya dengan beberapa step saja anda pasti akan ingat dan mahir menggunakannya.

Jadi untuk tidak membuang masa lagi, saya akan tunjukkan anda  bagaimana caranya untuk anda menggunakan html / javascript ini, perlu diingat penggunaan terhadap html dan javascript ini sangat penting sekiranya anda ingin mempercantikkan blog anda dan sebagainya. Sila lihat beberapa step yang perlu anda ketahui di bawah ini.

BAB 5 : CARA PING BLOGSPOT @ WEBSITE.

Dicatat oleh Insan Biasa.

PING adalah antara cara lain @ alternative lain agar blog @ website anda mendapat rangking yang tinggi juga agar blog anda dikesan oleh begitu banyaknya search engine dalam seluruh SE yang ada. Disarankan kepada anda melakukan pencarian di Google cara-cara melakukan ping untuk blogspot.

Apakah itu PING?

Sebuah tool jaringan komputer yang digunakan untuk menguji apakah sebuah komputer atau hosting boleh dibuka di internet. Ping juga tindakan mengirimkan pesan jaringan ke suatu server untuk menginformasikan bahwa Anda telah mengupdate blog. Dengan kata lain, setelah anda update blog anda sebaiknya setelah itu luangkan masa melakukan kegiatan PING di tempat yang berbeza, kerana sekiranya anda melakukan PING pada tempat yang sama. Kemungkinan besar blog @ website anda akan dikesan sebagai SPAM.

BAB 4 : Cara Meletakkan LINK untuk GOOGLE

Dicatat oleh Insan Biasa.

Tutorial kali ini mengenai cara menambah link blog @ website kita dalam search engine Google, seperti yang kita ketahui bahawa search engine Google adalah antara rangking search engine yang paling digemari ramai bagi para blogger dan User lainnya. Dengan itu menjadi alasan mengapa saya membuat tutorial ini dalam proses Belajar Buat Blog.


1. http://www.blogger.com/home

Silakan masuk pada link yang diberikan di atas, anda akan dibawa pada bahagian DASHBOARD. Cuba lihat pada gambar dibbawah ini, di mana anda perlu mendapatkan seperti gambar di bawah? anda hanya perlu SCROLL/ TURUN ke bawah

BAB 3 : CARA MEMILIH TEMPLATE

Dicatat oleh Insan Biasa.

Akhirnya anda telah sampai di step 3 yang mana proses terakhir membina blog, semoga step ini anda dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya bagi menjayakan matlamat anda dalam membuat blog.



Lihat pada gambar diatas ada CHOOSE A STARTER TEMPLATE bukan. Ada enam kotak template yang disediakan oleh blogger, pilih template yang anda suka...untuk buat pertama kalinya anda perlu guna template yang disediakan....




Setelah anda selesai memilih, klik pada CONTINUE button untuk meneruskan membuat blog. Sebagai pengetahuan anda semua, template bukanlah hanya setakat yang diberi, malah banyak lagi dan sekiranya anda rajin memcari di internet anda akan menjumpai template yang begitu menarik.

Jangan risau template blog anda boleh ditukar itu saya akan ajar anda bagaiman cara tukar TEMPLATE dan BACKGROUND blog anda nanti...

Setelah itu anda akan dapat paparan YOUR BLOG HAS BEEN CREATED. Ini bermakna anda telah boleh memulakan penulisan untuk POSTING pertama anda...Lihat gambar dibawah ini...
Sekarang anda telah mempunyai blog anda sendiri...Langkah seterusnya tekan butang START BLOGGING.





Kemudian, anda akan dibawa pada halaman menulis artikel atau kata lain adalah posting artikel. Di sini, sekiranya anda berminat membuat duit dengan menggunakan ADS atau iklan dari GOOGLE maka  disarankan supaya menulis artikel dalam format B.I kerana format bahasa melayu tidak mendapat perhatian dari kreteria GOOGLE service. Tapi untuk permulaan tiada masalah jika anda ingin menulis dalam bahasa melayu.

Ingat! setelah selesai menulis artikel tekan butang PUBLISH POST di bahagian bawah kotak tempat menulis artikel (tengok anak panah dibawah ini), secara automatik anda akan dibawa pada halaman selanjutnya.

Jika anda ingin melihat dahulu artikel yang anda tulis tadi anda boleh tekan pada PREVIEW / PRATONTON

Disarankan anda tekan terus butang PUBLISH POST ini untuk anda mengelakkan kehilangan artikel anda.....





Jika anda melihat artikel anda berada di bahagian HOME, anda sudah berjaya menulis artikel dan memaparkan di blog kepunyaan anda sendiri. Cubalah di ingat step-step bagaimana cara untuk menulis artiekal dan sebagainya, usaha sendiri adalah perkara yang terbaik dalam diri seseorang.

Pada pelajaran selanjutnya, tutorial dan sedikit penerangan mengenai cara untuk menambah LINK blog kita ke dalam GOOGLE. Sila klik pada bab seterusnya yang berjudul BAB 4 : Cara Meletakkan LINK kepada GOOGLE

Langkah-Langkah Membuat Blog....

Dicatat oleh Insan Biasa.

Salam Sejahtera kepada semua,

    Pertama disini pasti ramai yang telah tahu macam mana untuk membuat@membina blog bukan dan saya pasti masih ramai yang belum tahu bukan...

So bagi yang dah tahu tu tidak payah la saya bercerita panjang lebar okey...
Bagi yang belum tahu ni..Pasti ada diantara anda telah membuat kajian bukan...Bagi yang berminat untuk membuat blog atau website...

Anda perlu la membuat kajian dahulu, jamgan pakai hentam jer ok...ini bukan apa untuk manfaat anda juga. ilmu tu kan penting, so kita kene la rajin cari ilmu tu...sebab ilmu bukan datang bergolek @ begitu sahaja bukan...

Kira macam kita pergi kesekolah la, so bila kita pergi sekolah kita akan diberi ilmu oleh cikgu bukan...
Nak buat blog ni pon kita kene cari ilmu tu, buat kajian seperti:

a) Apa itu BLOG @ Website.
b) Bagaimana membuat BLOG @ Website.
c) Langkah-langkah penting buat BLOG @ Website.
dan seterusnya ok....

Ini supaya kita dapat mengelak perkara yang tidak membuat kita kerugian dan masalah yang tidak di di ingini berlaku...

Membuat BLOG mempunyai banyak cara dan banyak teknik...Ingin diingatkan bahawa membuat BLOG ini adakalanya ia akan memjadi susah jika kita tidak bersungguh-sungguh ok...

Pasti ada diantara anda tertanya-tanya bukan yang pasti soalan itu berbunyi seprti ini...

Soalan:
Apa langkah awal@pertama yang perlu seseorang itu buat...?????

@ soalan-soalan yang hampir serupa dan sebagainya....Betul Tidak....

Okey saya terangkan,
Apa yang anda perlukan adalah satu account EMAIL tidak kira la samaada YAHOOGMAIL, dan Sebagainya...
Ini kerana setiap benda@ perkara di dalam INTERNET menggunakan@memerlukan EMAIL untuk membuat pengesahan....
 Itu perkara PERTAMA yang perlu anda ada@miliki...

Langkah seterusnya anda perlu mempunyai benda ini iaitu DOMAIN dan HOSTING....
Ini kerana jika tiada DOMAIN dan HOSTING ini anda tidak boleh membuat BLOG @Website...

DOMAIN dan HOSTING ini ada yang berbayar dan juga percuma....(Terpulang kepada anda)
serta FAIL-FAIL yang lain okey....

Tertapi disini saya akan tunjukkan cara menggunakan BLOG @ BLOGSPOT dari GOOGLE....
Disini Saya sediakan langkah-langkah untuk membuat BLOG..

Okey la jika anda ingin cara membuat blog anda boleh klik pada senarai yang telah saya sediakan dibawah ini


BAB 0 : Cara Membuat Account GMAIL
BAB 1 : Buat BLOG PART 1 : CARA DAFTAR BLOG
BAB 2 : Buat BLOG PART 2 : NAME BLOG ANDA
BAB 3 : Buat BLOG PART 3 : CARA MEMILIH TEMPLATE
BAB 4 : Cara Meletakkan LINK untuk GOOGLE
BAB 5 : PING BLOG/BLOGSPOT@WEBSITE
BAB 6 : Cara meletakan Code HTML diBLOG
BAB 7 : Cara DAFTAR NUFFNANG.COM
BAB 8 : Mencantikkan @ Lawa kan BLOG
BAB 9 : Cara Meletakkan@ Membuat HEADER BLOG
BAB 10 : WIDGET PENTING UNTUK BLOG ANDA
BAB 11 : CARA MENINGKATKAN VISITOR DI BLOG ANDA

Okey la sampai disini sahaja yang dapat saya kongsikan kepada anda semua semoga dengan infao dan ilmu  ini dapat menjadikan anda seorang BLOGGER yang bagus.....

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di BLOG ini

BAB 2 : MEMBUAT NAMA BLOG ANDA

Dicatat oleh Insan Biasa.

Untuk bahagian/ part kedua ini kita sudah hampir menyelesaikan atau menyiapkan blog kepunyaan andasendiri sehingga selepas ini anda tidak lagi perlu risau/ragu jika ditanya adakah anda memiliki blog? Zaman sekarang blog sudah menjadi mainan pergaulan seperti Facebook, Friendster, Twetter dan lain-lain. Yang menjadi perbezaan adalah Website yang berdomain Blogspot ini kepunyaan anda dan anda mempunyai hak mutlak keatasnya selagi tidak melanggar RULES yang ditetapkan pihak blogspot.


Untuk membuat BLOG ini saya akan mengajar anda dalam 3 step sahaja untuk proses membuat BLOG anda sendiri...
So step seterusnya adalah membuat NAMA BLOG ANDA..
Setelah anda selesai dan berjaya melepasi tahap ini, kemungkinan besar step yang ke tiga tidak menjadi masalah bagi anda....



Sila anda perhatikan gambar di atas, pada bahagian ini akan menentukan nama blog anda dan URL (Uniform Resource Locator)

URL adalah ALAMAT bagi BLOG/WEBSITE anda,... ia juga sama macam alamat rumah
Jika tiada alamat rumah maka anda tidak tau nak tuju bukan
Sama macam URL jika anda tidak ada/tau maka BLOG/WEBSITE anda tiada di INTERNET...

Pada Bahagian ini anda perlu la meletakkan tajuk blog anda tidak kira la untuk tujuan apa pun, berniaga, syarikat, dan sebagainya...

Contoh :-

- BLOG TITLE : CARA BINA REBAN (terpulang anda)
- BLOG ADDRESS : HTTP://REKABINA.BLOGSPOT.COM ( terpulang anda )

Setelah menentukan LINK blog anda, CLICK pada CHECK AVAILABILITY.
Samaada LINK tersebut boleh digina @ tidak...Sekiranya  tulisan dibawah CHECK AVAILABILITY menunjukkan WARNA HIJAU maka LINK tersebut boleh diguna...LIHAT PADA GAMBAR.

- AKHIR SEKALI, CLICK CONTINUE BUTTON.


Pada BLOG TITLE, akan menampilkan  CARA BINA REBAN  sebagai HEADER pada awal page anda, HEADER bererti kepala pada blog anda yang mana menjadi gambar penghias di bahagian atas blog anda.
Pada bahagian HEADER saya akan terangkan pada POST yang akan datang...Untuk pengetahuan anda, pada bahagian BLOG TITLE anda masih boleh diubah dengan pergi ke bahagian DESIGN setelah anda berjaya menyelesaikan kesemua step yang saya ajarkan...


Pada BLOG ADDRESS, ini juga menjadi penting untuk anda membuat secreative anda, URL anda sahaja sudah berjaya menarik minat blogger lain untuk menjadi member anda dan sebagainya, sebagai TIPS dalam menentukan URL, buatlah sesingkat mungkin, cubalah fikirkan ayat yang menarik tapi tidak terlalu panjang.


Berbalik pada point tadi, anda telah selesai pada step dua ini dan anda boleh pergi ke step yang seterusnya iaitu :Memuat BLOG PART 3.. Sila klik pada BAB 3: CARA MEMILIH TEMPLATE





BAB 1 : CARA DAFTAR BLOG

Dicatat oleh Insan Biasa.

Sekarang kita dah masuk ke bab membuat blog yang mana hanya beberapa step sahaja, anda sudah mempunyai@memiliki sebuah blog ciptaan anda sendiri, anda adalah Admin, anda yang mengatur dan sebagainya seperti sebuah laman website cuma yang menjadi perbezaan adalah kegunana Domain @ Hosting sahaja

Seperti yang saya beri tau pada post sebelum2 ini bukan...KLIK DISINI...

Jika anda menggunakan Hosting yang berbayar, maka lagi banyak kelebihan yang disediakan dan website anda menjadi seperti website-website seperti .COM, .Net, .ORG dan sebagainya. Tetapi jika anda menggunakan Domain free maka website anda akan berstatus .Blogspot, .WORDPRESS, .CO.CC dan sebagainya....


Jadi kita teruskan pada point kita dalam proses membuat blog, sila anda klik DI SINI, untuk ke lamam BLOG....harus diingat bahawa untuk memdaftar BLOGSPOT memerlukan EMAIL GMAIL ANDA...Pastikan Anda masih ingat EMAIL dan PASSWORD anda...Ini kerana jika anda lupa, akan memjadi terlalau banyak kerja yang anda perlu buat untukmemdapatkan kembali EMAIL dan PASSWORD anda..kerana bukan mudah untuk dapatkan balik, jadi pastikan EMAIL dan PASSWORD anda mudah diingati....


Langkah Pertama :

Ke Laman BLOG   KLIK DISINI


Disini Anda perlu memasukkan Alamat EMAIL GMAIL dan PASSWORD anda sahaja dan anda KLIK BUTTON SIGNIN @ENTER...

Seterusnya anda akan dibawa ke page PENDAFTARAN BLOG
seperti gambar dibawah....



Ini page yang akan anda temui...Tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian.

- EMAIL ADDRESS : EMAIL ANDA  ( sekiranya anda ingin menukar email anda, sila klik pada USE A DIFFERENT ACCOUNT di bahagian hujung kanan.
- YOUR NAME : NAMA ANDA, 
- EMAIL NOTIFICATION : SEKIRANYA ANDA INGIN MENERIMA APA SAHAJA YANG DIKIRIM OLEH PIHAK BLOGSPOT, ANDA BOLEH TICK PADA KOTAK YANG DISEDIAKAN. ( saya recommend tidak perlu )
- ACCEPTANCE OF TERMS : WAJIB ANDA TICK PADA KOTAK YANG DISEDIAKAN UNTUK MENERUSKAN PROSES PEMBUATAN BLOG.
- Akhir sekali anda boleh klik pada CONTINUE button untuk meneruskan proses membuat blog.


Sekiranya tiada masalah, anda telah berjaya dan akan dibawa step seterusnya. Untuk meneruskan pada step seterusnya sila klik pada BAB 2 : MEMBUAT NAMA BLOG ANDA


Jumpa pada POST yang seterusnya...

Cara Membuat Account Email GMAIL

Dicatat oleh Insan Biasa.

    Hai hari ini saya akan tunjukkan Tutorial cara-cara membuat akaun Email GMAIL....

Okey... Sebelum Saya akan terangkan sedikit...
Kenapa perlu kita membuat BLOG@Website...Mesti la untuk kita membuat bisnes @ catatan bukan..

Jom kita mulakan...
Ingin diingatkan sebelum kita mulakan proses buat Blog, apa yang paling penting sekali adalah kita harus mempunyai sekurangnya satu akaun email.

Email tidak semestinya email gmail, yahoo atau lain-lain email juga boleh kita gunakan untuk buat Blog.
Tetapi hari ini saya akan gunakan email dari Gmail sebagai akaun untuk access blog yang bakal kita buat nanti.
iaitu BLOGSPOT...

Ini kerana jika anda membuat BLOG melalui BLOGSPOT anda perlu meggunakan GMAIL dari GOOGLE
Sebab BLOGSPOT adalah milik GOOGLE sepenuhnya...KECUALI anda guna medium lain seperti WORDPRESS...

Kita sambung balik cara membuat BLOG...

Pertama kali anda kene masuk ke browser GOOGLE seperti dibawah

klik pada Gmail dalam bulatan seperti didalam gambar


atau pun anda pergi laman Gmail, anda boleh KLIK SINI

dan anda akan nampak gambar seperti tertera di bawah.




Klik pada Create an account button seperti yang telah dibulatkan pada gambar di atas atau
jika anda nak cepat boleh klik DISINI


Langkah seterusnya seperti dibawah :
 
Disini anda perlu memilih Bahasa/Languange pilihan anda



Untuk kemudahan anda memahami bahasa, boleh pilih bahasa di bahagian hujung kanan seperti pada gambar di atas. Di sini saya akan menggunakan Default languange, iaitu bahasa Inggeris.


Langkah Ketiga :



Penerangan :
 Pasti ada yang belum atau faham apa itu First Name dan Last Name bukan sebagai contoh :

Jika Nama anda ialah Muhd Kassim Bin Mazlan maka anda perlu isi begini:-

- FIRST NAME  (Nama Awal Anda) : Muhd Kassim
- LAST NAME (Nama Akhir Anda) : Mazlan

kerana  FIRST NAME itu adalah Name ANDA dan LAST NAME itu Nama BAPA anda...

Pada bahagian seterusnya :
adalah email anda, disini anda perlu memcipta akaun Email ANDA sendiri :

 Contoh :-

- DESIRED LOGIN NAME : kambinggurun@GMAIL.COM (pilihan  anda)

Lepas anda selesai cipta Akaun EMAIL GMAIL  anda, SILA tekan Check Availability button untuk memastikan GMAIL ACCOUNT anda boleh digunakan@ belum digunakan, kalau OK, akan keluar (kambinggurun@gmail.com IS AVAILABLE)..

- CHOOSE A PASSWORD : Cipta password anda. (terserahanda)
- RE-ENTER PASSWORD :  (password yang sama anda gunakan dari choose a password)

Dibahagian ini anda perlu klik pada kotak yng disediakan
- STAY SIGNED IN :  TICK /Klik pada kotak.
- ENABLEWEB HISTORY :  TICK /Klik pada kotak.

Username dan password adalah kreativiti anda, perlu diingat untuk password untuk mudah diterima adalah PERKATAAN DAN NOMBOR pada kotak yang disediakan.
PERHATIAN:- Username EMAIL dan PASSWORD anda perlu la rapat tidak boleh ada jarak.


Langkah Keempat :


Sila Isikan ini adalah untuk keselamatan Email anda.

- SECURITY QUESTION : TERSERAH ANDA.
- ANSWER : JAWAPAN DARI SECURITY QUESTION.
- RECOVERY EMAIL : KALAU ADA EMAIL LAIN YANG MEMANG DIGUNAKAN.
- LOCATION : TENTUKAN BAHASA ANDA.
- WORD VERIFICATION : TULIS SAMA SEPERTI YANG DIBERIKAN PADA KOTAK YANG DISEDIAKAN.
- TERMS OF SERVICE : I ACCEPT. CREATE MY ACCOUNT. (DI BAWAH SEKALI)

Sebagai cacatan, pada RECOVERY EMAIL anda letakkan email anda yang memang anda gunakan sebagai cover sekiranya gmail account anda ini bermasalah. Tetapi kalau tidak ada email yang berlaku, kosongkan pada bahagian tersebut.


Langkah Kelima :




Klik SHOW ME MY ACCOUNT button, kita akan di bawa ke dalam Gmail Account yang baru kita buat tadi.


Keenam :


Sekiranya anda sudah masuk ke halaman seperti pada gambar di atas ini bermakna anda telah BERJAYA, sampai disini sahaja untuk BAHAGIAN MEMBUAT EMAIL
Semoga anda maju jaya

Jika anda ingin pergi ke bahagian BAB 1 : CARA DAFTAR BLOG
 Terima Kasih kerana sudi singgah di Blog Ini

Cerita Pasal KAYA

Dicatat oleh Insan Biasa.

     Sewaktu si Dodek dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah
kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, "Anak nak ke mana?".
Si Dodek menjawab ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh?" dan dijawab oleh si Dodek tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati si Dodek berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi
bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si Dodek tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?"
Si Dodek pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak" Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si dodek berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.
Kemudian orang tua tu bertanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
Si Dodek memberi jawapan yg sama, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana". Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta, diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya. Balik kang makan je dengan roti. Tu je pak cik boleh bagi
untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.
Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta dan Dodek hanya terpinga - pinga..



Hahaha....Datuk Sapa Lebih Hebat......

Dicatat oleh Insan Biasa.

Lima budak tadika bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing....

Cucu Mat Silat:"Datuk aku kuat!!Puh!kalau bertanding silat,,tak pernah kalah!!"

Cucu Mat Kerbau:"Elleh!..!Datuk aku lagi kuat..dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk!!"

Cucu Mat Rimau:"Datuk aku lagi la kuat,,dia bertarung dengan rimau... Dia tempeleng je rimau tu terus mati!!"

Cucu Kaki Selam:"Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada Datuk korang..dah tiga hari dia pergi menyelam di sungai sampai sekarang tak timbul-timbul lagi...

Cucu gali kubur:"Itu belum hebat lagi kawan!!Datuk aku masuk kubur dah 20 tahun sampai skang belum balik-balik lagi tau.. haa..datuk sapa lagi hebat?..."

Cucu Mat Silat.. Cucu Mat Kerbau.. Cucu Mat Rimau dan Cucu Kaki Selam terus ternganga.

Kereta Sudah Penuh

Dicatat oleh Insan Biasa.


Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut....

Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik do’oh.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata…

Anak: Abah, umi… Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik ‘LAPANG’…!!!

hahaahahahah.......

Mayat Tak Diterima Bumi

Dicatat oleh Insan Biasa.



sumber : harian metro 28 Julai 2012

Mayat tidak diterima bumi di pahang

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

Cerita Diatas adalah reka semata-mata sahaja........

Facebook

Dicatat oleh Insan Biasa.



Sumardi dan Ajoi sedang melepak di sebuah restoran. Sumardi mempunyai Nokia N97 dan selalu berbangga kecanggihannya handphonenya pada sahabat baiknya, Ajoi.

Sumardi: “Ajoi,gua boleh update status Facebook aku dengan senang jer. Boleh update dengan handphone aku ni, tak payah ada laptop.”

Ajoi: Ceh, berlagak la pulak lu ni…

Ajoi: Aku pun boleh update status facebook aku hanya dengan handphone Nokia 3210 buruk aku ni..

Sumardi: Hahaha ko tak yah buat lawak la Joi..Handphone ko dah la murah,takde kaler, bluetooth pun takde, apa lagi nak access internet. SMS boleh lah.

Ajoi: Aku update dengan SMS jer pun boleh…tak caya tengok ni (sambil menaip sms “melepak dengan Sumardi” dan send). Cuba ko tengok status Facebook aku dalam masa seminit.

Seminit berlalu dan Sumardi lihat status Facebook Ajoi sudah update dengan status yang baru.

Sumardi: Wow.. Amazing! Macam mana ko buat? Tak payah aku beli handphone canggih2 camni.

Ajoi: Heh heh,baru lu tau… aku hanya send pada SNR jer..

Sumardi: SNR? software ke server baru ker tu? Tak pernah dengar pun..

Ajoi: SNR= Siti Nurhaliza Radin..awek aku..aku hanya send SMS pada dia yang tgh kerja kat ofis sekarang ni dan dia updatekan Facebook aku …hua hua hua.

Duit.....

Dicatat oleh Insan Biasa.


MAT : ko tau tak Mud aku ari2 mintak bapak aku RM50

MUD : Best la ko Mat.. buleh la ko belanja aku

MAT : Mana la aku ada duit nak belanja ko

MUD: Abih tu mana pegi duit yg bapak ko bagi tu?

MAT : Aku mintak je tapi bapak aku mana penah bagi pun.

MUD : Ah! maleh la aku layan ko.. ( terus blah )

HAHAHHAHAHAHHAH..........

Cerita di Suatu Hari.....

Dicatat oleh Insan Biasa.


Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall ... Anak beranak ini baru pertama kali berkunjung ke Kuala Lumpur. Sebelum ini asyik memerap kat kampung.

Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia....
" Pak, apa benda tu pak?"
Bapak menjawab,"Entah nak.... bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."

Tidak lama selepas itu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut ..... Lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.

Tidak lama kemudian lif terbuka ...TINGGGG!!!!!
Keluarlah seorang wanita yang sungguh cantik dari dalam lif itu.

Lantas berkatalah bapak si Bedah kepada Bedah.

"Nak! Kau pergi ambik emak kamu bawak kemari. Kita masukkan dia dalam gua ajaib ini. Cepat!

hihihihihihihihihihihihihihi~

Jom tinjau sat

Dicatat oleh Insan Biasa.

Hai.....dah lame xjenguk blog ....pasti ada diantara kita kini sedang berusaha untuk menambah pendapatan secara sambilan bukan...so disini saya ingin kongsi sedikit info macam man untuk kita jana pendapatan betul x...

Cara untuk menambah pendapatan secara sambilan ini sangat banyak salah satu darinya ialah menyertai program affiliate.

Jom kita cerita tentang Affiliate ini...Pasti ramai yang telah tahu bukan...tapi tidak apalah saya akan cerita sedikit tentang Affiliate ini

Program Affiliate
Program Affiliate ini banyak digunakan oleh ramai syarikat dan individu.....pasti anda tertanya-tanya bukan kenapa ramai yg guna program affiliate ini bukan....Ini kerana dengan wujudnya affiliate ini mereka dapat mempromosikan produk mereka dengan cepat tanpa perlu untuk mengeluarkan modal yang tinggi...
Dengan menyertai affiliate ini kita tidak langsung menjadi agen sesebuah syarikat @ individu untuk mempromosikan produk mereka dan disamping itu kita dibayar secara komisyen...

Lagi banyak yang kita dapat jual laggi tinggi la komisyen yang akan kita dapat....So dengan ini kita dapat menjana pendapatan dengan secara sambilan sahaja...

Sampai disin sahaja yang dapat say kongsikan sedikit tentang Affiliate ini....

Selamat Berjaya dan Maju....

Cara letak Bubbles pada Blogger dengan Widget

Dicatat oleh Insan Biasa.


Hai...pasti ramai yang suka @ nak lawakan  blog masing-masing bukan...
xyah cerita panjang lebar okey...nanti ramai yg bosan pulak...

Jom kita start....

Langkah die :


Bagaimana untuk menambah / Membuat / Buat bubles kesan jatuh pada Blogger (Blogspot)

1. Login ke akaun Blogger Anda

2. Daripada Panel Kawalan, pergi ke "Reka bentuk"> "Page Elements", kemudian klik "Tambah Gadget A"

3. Sekarang Anda pilih "HTML / Java Script"

4. Maka Anda hanya sekadar tulis kod berikut dan paste ke kotak HTML


5. Menyusun semula widget, maka hanya "Save".
 

Rank

Selamat Datang