Didik Al Quran

kalau anda lahir pada.........

Dicatat oleh Insan Biasa.

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagiaan diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6

Saat Kita Menarik Jari,Kalau Bukan Bunyi Tulang...Dah Tu Bunyi Apa?

Dicatat oleh Insan Biasa.

Ramai orang menganggap bunyi itu berkaitan dengan derak sendi yang kurang menyenangnkan dan percaya bunyi itu disebabkan tulang-tulang yang bergesel. Sebenarnya bunyi berderak ini tidak disebabkan oleh pergesekan tulang, tetapi oleh gas di antara sendi. Sendi kita mengandungi sesuatu yang disebut sinovia, yang membantu melumasi sendi. Cecair sinovia mengandungi gas oksigen, nitrogen, dan karbon dioksida. Kajian menunjukkan bahawa ketika menderakkan sebuah sendi, anda menjauhkan tulang-tulangnya, dan kapsul yang mengelilingi sendi itu pun meregang. Hal ini menyebabkan cecair sinovia menyembur dari satu sisi buku ke sisi yang lain.

 Cecair yang berpindah ini menciptakan ruang kosong, yang dengan cepat terisi dengan gas lagi. Perpindahan gas yang cepat inilah yang memunculkan bunyi letupan. Untuk kembali menderakkan buku jari yang sama, anda perlu menunggu sehingga gasnya kembali ke cecair sinovia. Itulah sebabnya, kita tidak boleh menderakkan buku jari yang sama dua kali berturut-turur dengan cepat.

P/s...owhhh..saya pun baru tahu..

Broadband slow .....

Dicatat oleh Insan Biasa.



Ramai pengguna hanya tahu "plug in & play". Mengunakan wireless broadband adalah cara yang paling mudah dan ianya juga sangat flexible. Namun masalah sering dihadapi oleh para pengguna yang menggunakan broadband wireless adalah berkaitan dengan kelajuannya yang agak lembab.
Antara faktor-faktor masalah ini timbul adalah seperti berikut ;
  • Berada diluar kawasan liputan broadband
  • Kawasan padat penduduk
  • cuaca
  • melebihi had muat turun bulanan
  • modem berkelajuan rendah
Bagi mereka yang baru dan ingin menggunakan broadband wireless ini dinasihatkan agar memastikan kawasan tempat pengunaan internet perlulah mencapai tahap melepasi EDGE. Kelajuan EDGE adalah 236.8~473.6 kbit/s. Kepadatan sesebuah kawasan juga perlu diambil kira kerana kawasan yang terlalu ramai penduduk akan menyebabkan pencawang/pemancar telekomunikasi terlalu banyak penggunaannya. selain itu,Memuat turun data seperti menonton youtube akan mempercepatkan pelanggan mencapai had muat turun yang dibenarkan. Jika telah melepasi had pengunaan pengendali rangkaian akan menyekat kelajuan bagi akses tersebut.
Untuk mereka yang masih baru dalam menggunakan broadband wireless, berikut adalah tetapan yang ada perlu tahu mengenai broadband;
  • Pestikan LED modem anda berwarna BIRU. Biru menandakan kelajuan digunakan pada tahap HSDPA/WCDMA manakala hijau menandakan kelajuan menggunakan tahap GPRS/EDGE
  • Tetapan Modem adalah betul.
Berikut adalah tetapan yang anda perlu lakukan untuk memastikan kelajuan ditetapkan pada tahap HSDPA/WCDMA sebelum membuat sambungan pada akses internet ;

1 . Buka software broadband anda, pilih Tools>options.



2 . Kemudian klik pada Network>network type




3 . seterusnya dengan hanya memilih WCDMA only >ok.
Setelah membuat tetapan tersebut barulah anda membuat sambungan pada internet seperti biasa. Denggan membuat tetapan tadi, anda telah memastikan pengunaan telah ditetapkan pada kelajuan WCDMA/HSDPA.

tukar favicon blog

Dicatat oleh Insan Biasa.

Salam sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai bagaimana untuk menukar Favicon blogspot yang sedia ada.Ramai pembaca yang masih tidak tahu caranya. Tapi sebelum itu biar saya memperkenalkan kepada anda apa itu Favicon?. kalau nak ulas apa itu favicon mungkin susah nak faham, takpe la biar saya tunjuk gambar favicon ni k. Tengok gambar bawah tu
apa dia favicon.
Ok sekarang dah jelas kan apa itu favicon? ada orang kadang kadang memang nak tukar benda ni, tapi masih tak tahu cara bagaimana nak tukar. Nak cari kat google tapi tak tau nak taip apa.
So, siapa yang baca entri ni dan rasa nak tukar boleh ikut cara-cara bagaimana nak tukar favicon blog masing-masing. Nak tukar benda ni memang tak lama. Tapi akan menjadi lama bila banyak benda kita tak tahu.
Tanpa melengah masa lagi, jom teruskan tutorial di bawah:
Tutorial:
1. Mula-mula anda perlu sediakan 1 gambar pilihan untuk dijadikan icon. Icon tersebut perlu lah bersaiz 20 x 20 pixels.Anda mesti kecil kan gambar 2.....

2. Setelah itu, gambar yang telah anda resaiz tersebut perlulah di UPLOAD kan ke
mana-mana hosting yang membenarkan kita untuk memuat naik gambar sebagai contoh photobucket.
selesai memuat naik, pastikan anda copy direct Url gambar tersebut.

3. Url yang telah di copy tadi akan digunakan untuk dimasukkan kedalam cooding html. Anda perlu masuk Design > Edit Html.
Letakkan cooding Html ini ke dalam template seperti gambar dibawah.
""""link href='masukkan Url tadi' rel='shortcut icon' type='image/vmd.microsoft.icon'/"""""
4. Setelah selesai, save template. Favicon sudah berjaya ditukar.
Dengan panduan tadi diharapkan boleh membantu anda dalam proses pembinaan Blog. Sekian sahaja untuk post kali ini. bye!

Moto ngelewo

Dicatat oleh Insan Biasa.

Suatu petang dibalai polis.......

Pak Mat : Encik, saya nak buat report eksiden......

Polis : nak buat report kemalangan jalan raya yea..?

Pak Mat : A'haa la....

Polis : Encik ceritakan bagaimana kemalangan itu berlaku dan saya buatkan laporannya...

Pak Mat : Cerita apa...? Macam mana nak mula...?

Polis : Kemalangan dengan apa..? Encik naik apa..? Motosikal...?

Pak Mat : Kereta, saya bawa kereta tapi langgar moto....

Polis : Dimana tempat berlakunya..?

Pak Mat : Kat Jalan Labon....

Polis : Encik dari man...?

Pak Mat : Saya dari rumah di Kampung Api, nbak ke Labon........

Polis : Encik langgar belakang moto tu ker......

Pak Mat : Idak, bukan belakang tapi berdepan...!

Polis : Berdepan....!????

Pak Mat : Ha'ah la...!Langgo depan.....

Polis : Macam mana boleh jadi tu...? Jalan tu lurus aje, kan..?

Pak Mat : A'aaa....kat jalan lurus tu le....

Polis : Encik ceritalah betul-betul, saya nak buat rteport ni....

Pak Mat : Masa kat jalan tu, saya nampak budak ni bawak moto lain macam je.....

Polis : Lain macam???? Lain macam, macam mana tu...???

Pak Mat : Ngelewo..!! dari jauh saya dah nampak....

Polis : Dari jauh dah nampak...???

Pak Mat : Ha'aa la....

Polis : Nampak apa....???

Pak Mat : Moto le....moto ngelewo....

Polis : Kenis ap tu...???

Pak Mat : Kap, kapcai....

Polis : Ok, biar saya taipkan disini, kenderaan motosikal kap jenis ngelewo...eh!!Jenama ngelewo ni motor jenis baru ke...?

Pak Mat : Bukan jenama die ngelewo....

Polis : Oooo...bukan le jenama mororsikal tu ngelewo yea...!!??

Pak Mat : Yo bebeno Cik,mana ada otor nama ngelewo...!! Kalau ada pun, mesti orang tak ank beli...!!!HeHhehehehe....dah asyik ngelewo je...

Polis : macam mana pulak ngelewo boleh langgar...???

Pak Mat : Ate, dah ke tengah ke tepi, ke tengah ke tepi....kene langgar le..!!Bawak moto ngelaewo, dah kene langgo, kan susah..!!Bukansendiri aje yang susah....orang lain pun susah...

Polis : Jadi, ngelewo ni maksudnya bawa motosikal ke tengah ke tepi lea yek...??

Pak Mat : He'ee lee....Awak nampak moto tu dari jauh lagi dah ngelewo je, tengok lain macam aje, awak pun slow dan berenti le....

Polis : `Kalu encik berhenti, macam mana boleh jadi kemalangan berlanggar cara berdepan...??

Pak Mat ; Ate moto tu dah ngelewo, awak berenti dah, tapi dia langgo depan kereta awak ntu, habih jatuh bamper.....dia nyer melambung kena comen depan, habih pocah...kereta Pak Mat....Nak mengelak macam mana lagi..??Awak berebti dah tu.....

Polis : Eh...!!! Macam mana saya nak tulis ni...???? Takka nak tulis ngelewo kut...???Tak ada istilah ni dalam bahasa Melayu.....

Pak Mat : Tulis je ngelewo tu, kalau idak pun tulis aje motosikal ditunggang kejap ke tengah kejap ke tepi....Isyyy!! panjang bebeno pun, kalau tulis ngelewoaje kan ke senang.....

Polis : BEtul juga tu encik, kalau kita guna je perkataan ngelewo tu untuk keadaan macam tu, jadikan istilah...Kan lebih baik.....

Pak Mat : Hehehe...suka ati kome le.... Janji awak boleh buat report...!!!!

Pekerja baru....Rosman..Rosman.....

Dicatat oleh Insan Biasa.

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

lawak...lawak...hahahah....

Dicatat oleh Insan Biasa.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

teka-teki sempoi....

Dicatat oleh Insan Biasa.




Sekali-sekala kita main teka-teki best jugak kan? Meh drop jawapan yang korang rase betoi. Lewat petang atau malam Belalang publish jawapan:


1) Dalam banyak-banyak kain, Kain apa yang paling berat di dunia?
2) Pokok apa bila manusia nampak dia lari?
3) Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyayikannya?

                                                                        klik disini


4) pada satu hari seekor singa kelaparan dan keluar untuk mencari mangsanya… tetiba singa tu nampak seekor lembu… si singa tu terus lari… kenapa dia lari erk???
5) Botak depan dia ingat, Botak belakang dia pandai. jadi kalau dia botak dua-dua?
Ha, bijak pandai semua meh jawab… Soalan senang jer nih. Ntah dah ke berapa ratus kali korang dengar soalan teka-teki nih… Hee…

Pemandu & Modi

Dicatat oleh Insan Biasa.

Datuk A dan Datuk Z duduk di lobi hotel sambil mengutuk pemandu masing-masing.


“You tau,” kata Datuk A, “driver I tu bodoh betul! cuba you tengok ni.”
Terus Datuk A panggil pemandunya yang sedang duduk berbual dengan pemandunya Datuk Z di luar hotel. Apa lagi, mencicit lelaki itu mendapatkan Datuk A.
“Dol,” kata Datuk a, “ini duit 10 ringgit, pergi kedai kereta. Belikan saya Mercedes mata belalang, dua”
“Baik Datuk! sekarang juga saya pergi.” Macam lipas kudung Dol berlari ke kedai kereta setengah kilometer dari situ.
KAH! KAH! KAH!
Dua orang Datuk berlagak itu ketawa berdekah-dekah. “Tengok… aku dah cakap. Driver aku tu memang bodoh!” Kata Datuk A sambil menekan-nekan perut kerana terlalu geli hati.
Selepas penat ketawa, Datuk Z pula mengutuk pemandunya.
“Pemandu I lagi teruk. Kalau you tak percaya tengok ni.” Dia pun memanggil pemandunya, Rambo. Berlarilah RAmbo mendapatkan bosnya itu.
“Rambo,” kata Datuk Z “pergi ke rumah saya, cuba tengok samada saya ada di rumah atau tidak!”
“Baik Datuk! sekarang juga saya pergi!!” balas Rambo lalu terus cabut ke rumah Datuk Z, satu kilometer dari situ.
KAH! KAH! KAH!
Dua-dua Datuk itu ketawa sampai terkencing!
“Nampak apa yang I katakan tadi? Dia langsung tak gunakan otak, mana boleh I ada di dua tempat dalam satu masa. Kah kah kah!” Datuk Z ketawa terbahak-bahak. Datuk A pun ketawa macam nak habis nafas.
Nak dijadikan cerita kedua-dua pemandu itu bertembung di pertengahan jalan. Dol menggeleng kepala, cakap pada Rambo “Bos aku tu bodoh betullah. Dia kasi aku 10 ringgit, suruh aku beli Mercedes dua biji. Mana boleh? Kau pun tau sekarangkan hari minggu, semua kedai kereta tutup!”
Rambo angguk lima enam kali. “Betul tu, betul,” katanya bersungguh-sungguh.
“Tapi aku rasa bos aku lagi bodoh! Ada ke patut dia suruh aku balik, tengok samada dia ada di rumah atau tidak… padahal diakan boleh check sendiri, telefon jela!”

————————————————–
Modi yang merupakan seorang kaki perempuan, kaki minum, kaki judi dan segala-gala jenis kaki, telah koma selepas motosikalnya berlanggar dengan sebuah treler. Sewaktu koma itu, Modi tiba-tiba melihat dirinya dibawa ke neraka. Kemudian, kedatangannya ke neraka yang panas berapi itu telah disambut oleh seekor syaitan.
Syaitan: Helo geng, selamat datang ke neraka… Hahaha!!! sekarang bagitau aku kenapa engkau dimasukkan ke neraka?
Modi: Engkau teka sendirilah, engkaukan syaitan. Sekarang aku nak tau nraka ni teruk ke?
Syaitan: Emmm… Okeylah. Kami kaum-kaum syaitan ni memang seronok duduk dalam neraka. Joni, engkau ni kaki minum tak?
Joni: Tentulah! semua jenis arak aku sebat.
Syaitan: Wah, kalau macam tu kau tentu suka hari Ahad. setiap hari Ahad kita orang akan mabuk-mabuk. Wiski, tequila, guinness, wain, todi, samsu… Kita orang minum sampai muntah.
Joni: Wow! hebat tu…
Syaitan: Engkau merokok?
Modi: Memanglah. Satu hari lima kotak. Kenapa?
Syaitan: Bagus! Kalau macam tu kau tentu suka hari Isnin. Setiap Isnin kita akan dapat rokok paling baik di dunia dan kita boleh hisap sepuas-puas hati, hahaha! Kalau kau ada kanser pun tak apa, sebab kau dah mati.
Modi: Best jugak ek neraka ni! Aku dah tak sabar nak hisap rokok…
Syaitan: Tengok pada muka engkau, aku rasa engkau ni mesti kaki judi. Betul tak?
Modi: Tepat sekali, geng. Aku adalah raja judi, hahaha!
Syaitan: Bagus, bagus! Hari Selasa adalah hari kita orang berjudi. Engkau nak main apa… blackjack, roulette, poker, slot, nombor ekor, toto, semua ada. Kalau bankrap pun tak apa, kita kan dah mati.
Modii: Hahaha… Tak sangka neraka ni best jugak, ek?
Syaitan: Okey, last sekali, engkau ni gay ke Joni?
Modi: Gay? Sori ya, aku benci gay! Ada ke patut kena tungging buntut lepas tu !@##$%^^ Bodoh!
Syaitan: (Muka berkerut) Kalau macam tu tentu engkau tak suka hari Khamis, Jumaat dan Sabtu!
(Habis saja adengan itu, Modi terus terjaga dari koma. Mimpi ngeri itu menyebabkan Modi bertaubat.Dengarnya Modi sangat alim sekarang ini… Bagus la macam tu)

Seluar Dalam

Dicatat oleh Insan Biasa.

Seorang buak perempuan menemui ibunya di dapur rumah dengan tegesa-gesa.

Anak: Ibu, tadi uncle joe suruh saya panjat pokok kelapa. Lepas saya panjat uncle kasi saya RM2
(sambil menunjukkan duit itu kepada ibunya)

Ibu: Apa! lain kali kalau uncle suruh naik pokok kelapa jangan naik. Dia hanya mahu tengok seluar dalam kamu saja.

Budak perempuan itu berlalu pergi. Pada hari yang lain pula, budak perempuan itu sekali lagi datang menemui ibunya yang sedang menjemur baju dengan tergesa-gesa..

Anak: Ibu! Ibu! Tadi Uncle Joe suruh saya panjat pokok kelapa lagi. Kali ni dia kasi saya RM10!
(sambil menunjukkan duit not 10)

Ibu: Kan ibu dah cakap, jangan ikut cakap uncle Joe. Dia nak tengok seluar dalam kamu saja.

Anak: Takpe ibu. Kali ni saya dah main-mainkan uncle Joe. dia dah tak boleh tengok seluar dalam saya.

Ibu: Macam mana kamu buat? (dengan muka hairan)

Dengan bangganya budak perempuan itu beritahu:
“Saya tak pakai seluar dalam!!!…”


Apa itu nomophobia....

Dicatat oleh Insan Biasa.

Ring...Ring.. Ringggg... 
Ek eleh apa barang bunyi phone gitu. Come on la, skang ni da canggih. Bermulalah era nada dering yg lebih maju dari sekadar bunyi ring.. Memacam lagu dibuatnya nada dering menceriakan penerima panggilan sehingga leka tuk menjawab panggilan.


Untuk mereka yang berpacaran telefon bimbit amat bernilai tuk mereka. Kalo kengkawan wat2 sorok mau bergaduh. Haha.. 


Tapi tahukah korang, tentang NOMOPHOBIA. Istilah bahasanya ialah ketakutan bila phone tu xde kat tangan.Ia berasal dari NO-MObile-PHOne phobia. Setiap teknologi baru mesti mendatangkan kebaikan dan kemudaratan para pengguna. 




                                                          damn...ape nak jawab ni...???




53 percent of mobile phone users tend to be anxious when they lose their mobile phone, out of battery or credit,or have no coverage network. Dianggarkan 48% wanita dan 52% jejaka mengalami fobia ini. Sesetengah mereka akan stressed out bila disuruh turn off the phone.



Are you NOMOPHOBIA???

Hantu

Dicatat oleh Insan Biasa.

Dua ekor hantu yang baru mati sedang berbual-bual


Hantu1: Macam mana kau boleh mati?


Hantu2: Aku mati kesejukkan. Sewaktu aku sedang berada di rumah kekasih aku, tiba-tiba suaminya pulang. Aku terus menyorok di dalam peti ais. Akibat terlalu lama di dalam peti ais, aku mati akibat kesejukkan. Kau pula mati macam mana?


Hantu1: Aku mati akibat letih berlari. Sewaktu baru pulang dari pejabat, aku terdengar suara jantan lain bersama isteriku di dalam bilik. Aku cepat-cepat buka pintu, tetapi jantan itu sempat menyembunyikan diri. Aku tau dia masih di dalam rumah. Maka aku berlari kesana-sini mencari di mana dia sembunyi. Akibat terlalu letih aku rebah dan mati…


Kedua-dua mereka terdiam sejenak. Selepas beberapa ketika, hantu2 berkata.


“Kalau masa itu kau buka pintu peti ais, tentu kita berdua masih hidup dan tidak mati”


Kedua-dua hantu itu meraung bersama…
 

Rank

Selamat Datang