Didik Al Quran

Cerita Pasal KAYA

Dicatat oleh Insan Biasa.

     Sewaktu si Dodek dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah
kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, "Anak nak ke mana?".
Si Dodek menjawab ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh?" dan dijawab oleh si Dodek tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati si Dodek berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi
bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si Dodek tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?"
Si Dodek pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak" Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si dodek berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.
Kemudian orang tua tu bertanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
Si Dodek memberi jawapan yg sama, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana". Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta, diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya. Balik kang makan je dengan roti. Tu je pak cik boleh bagi
untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.
Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta dan Dodek hanya terpinga - pinga..



 

Rank

Selamat Datang